Friday, December 31, 2010

Buku Hidangan Raja Sehari



Alhamdulillah, buku resipi saya terbitan PTS Millennia sudah terbit!

Dalam buku dimuatkan dengan resipi langkah demi langkah resipi dan gambar menarik lapan set resipi untuk hidangan makan beradab untuk santapan raja sehari, iaitu:
1) Set Hidangan Bisikan Asyik: 7 resipi asyik memadu cinta hakiki.
2) Set Hidangan Sutera Kasih: 7 resipi istimewa pengikat kasih abadi.
3) Set Hidangan Sentuhan Kasih: 6 resipi sentuhan kasih buat raja sehari.
4) Set Hidangan Siti Zulaikha: 8 resipi bukti cinta si puteri pujaan hati.
5) Set Hidangan Kasih Berpadu: 8 resipi kasih berpadu dalam hati yang satu.
6) Set Hidangan Mahligai Rindu: 8 resipi mengekalkan mahligai rindu idaman kalbu.

Dimuatkan juga petua untuk para pengantin.

Dapatkannya di kedai-kedai buku di seluruh negara.

Entri mengenai buku Resipi Raja Sehari di laman web PTS boleh dilihat DI SINI.

Wednesday, December 22, 2010

Majlis perkahwinan tidak semestinya mahal

Set pelamin dari bahan yang tidak mengoyakkan beg duit kita:

Sepasang 'kerusi sampan' berharga RM100 lebih, bangku di kiri kanan kerusi boleh guna bangku bulat atau pun kotak yang ditutup dengan kain jenis kilat harga murah tetapi kelihatan cantik. Beberapa kain ela berwarna putih dan hijau berkilat yang dibeli di kedai di Nilai 3 (12 meter x RM2.50 semeter). Bunga di atas 'langsir putih/hijau' juga dibeli di Nilai 3. Kos kesemua peralatan tidak sampai RM400...!



Set bilik tidur pengantin yang juga tidak menyebabkan poket suami kita terbakar:


Lebihan kain yang digunakan untuk set pelamin tadi digunakan juga dalam bilik tidur. Bunga hiasan dibeli di Nilai 3 dengan harga yang sangat sederhana. Katil dan tilam pengantin dipinjamkan dari bilik tidur mak ayah pengantin perempuan. Set bantal pun dipinjam dari set sofa di bilik tetamu, cuma ditukarkan sarungnya.

Sangat berpatutan, bukan?

Tidak perlu ambil pinjaman bank atau berhutang dari saudara-mara atau pun rakan-rakan.

Mak ayah pengantin perempuan tidak pening kepala memikirkan fasal hutang selepas kenduri dan besan (mak ayah pengantin lelaki) tidak rasa tersinggung kerana tiada langsung suasana kenduri kahwin anak lelaki mereka.

Semua pihak yang terlibat tersenyum senang...

Sunday, December 19, 2010

Kerabu Suhun Udang

Kelihatan simple tetapi sedap...!

Saturday, December 18, 2010

Resipi Sarawak: Mee Kolok

Mee Kolok resipi dari Sarawak... sedap!!

Friday, December 17, 2010

Hot Cakes ala Lempeng

Pernah bersarapan Hotcakes di McDonalds? Senang saja cara membuatnya. Hanya perlukan bahan-bahan yang senang didapati di dalam kabinet dapur rumah.


Boleh dinikmati semasa bersarapan, mahu pun lewat malam.


Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • setengah cawan susu tepung
  • 4 sudu makan gula
  • beberapa titis esen vanilla
  • 2 biji telur
  • air mengikut kepekatan ( Jangan terlalu cair dan pekat)
  • Baking powder 1 sudu teh
Caranya:

Masukkan semua bahan kedalam blender dan kisar semuanya sehingga rata dan sebati.

Gunakan kuali leper untuk memasak. Seeloknya, kuali yang jenis tidak lekat. Curah adunan lebih kurang 1 senduk, mengikut saiz yang disukai. Balikkan apabila sudah kekuningan.

Hidangkan bersama butter, madu lebah, susu pekat manis, dan pisang. Boleh juga dimakan bersama sambal tumis, mengikut cara orang kampung memakan Lempeng.

SELAMAT MENCUBA!

Saturday, December 11, 2010

Blog masakan anak saya



Anak sulung saya yang bernama Noraini adalah antara anak saya yang suka mencuba pelbagai resipi.

Nampaknya beliau mematuhi cadangan saya supaya seorang wanita itu bukan setakat cemerlang dalam pencapaian akademi sahaja, tetapi juga perlu juga cemerlang di dapur.

Barulah mencapai keseimbangan dalam hidup!

Beliau tinggal bersama suaminya di Permasuri, Trengganu Darul-Iman dan kini bertugas sebagai pensyarah di sebuah koleh swasta di sana.

Blog masakan yang beliau baru lancarkan boleh di baca DI SINI.

Tahniah, Along.

Tuesday, November 09, 2010

Bertemu Chef Hanieliza



Semasa PTS mengadakan majlis Hari Raya Idilfitri yang lepas saya serta suami dan anak-anak saya berpeluang bertemu muka dengan chef pujaan saya, iaitu Chef Hanieliza, chef PTS yang paling terkenal dan paling banyak menerbitkan buku resipi dengan PTS buat masa ini.

Semoga satu hari nanti saya juga akan mengikuti jejak beliau sebagai chef PTS.

Blog beliau boleh dikunjungi DI SINI.

Monday, October 11, 2010

Buku resipi saya yang pertama



Alhamdulillah, buku resipi pertama saya dengan PTS telah diterbitkan pada bulan September yang baru lalu.

Semoga para penggemar masakan Negri Sembilan akan mendapat manfaat dari 23 resipi dari buku yang diberi judul Cita Rasa Malaysia Negri Sembilan ini.

Antara resipi kegemaran rakan-rakan kita dari negeri Adat Perpatih yang dicatatkan di buku ini ialah Ikan Salai Masak Lemak Cili Api, Daging Salai Dengan Rebung dan Rendang Minang.

Tidak lupa juga dengan sukacitanya kita meraikan selera kesukaan masakan Minang yang senantiasa menggemari cili api sebagai 'bahan mandatori' dalam masakan mereka.

"Sodap, jang....!!!"

Terima kasih kepada pasukan PTS serta suami saya, anak-anak saya dan pembantu resipi saya, Jia, yang memberikan kerjasama dan inspirasi untuk menjayakan penerbitan buku ini.

Tidak lupa juga penghargaan kepada salah seorang chef idola saya, iaitu Chef PTS yang terkenal, Puan Chef Hanieliza.

Saturday, April 17, 2010

Roti Arab





Bahan-bahannya:

4 cawan tepung jenis high protein
2 sudu kecil garan
1 peket yeast jenis mauripan
2 cawan air
1 biji telur

Cara membuatnya:

1. Campurkan cawan tepung dengan garam dan yeast
2. Uli dalam beberapa minit
3. Bahagikan kepada 6 bahagian
4. Setiap bahagian dibentuk bulat dan leper
5. Biarkan selama 45 minit
6. Bakar setiap bahagian sehingga separuh masak
7. Sapukan cairan telur pada bahagian atas
8. Bakar semula sehingga masak.

Friday, February 26, 2010

Bertemu Ain Maisarah dan Chef Hanieliza





Pada hari Sabtu, 20 Februari 2010 adalah merupakan hari yang bersejarah bagi saya. Bersejarah kerana saya berpeluang bertemu dua penulis PTS yang terkenal.

Siapa lagi kalau tidak Puan Ain Maisrah dan Puan Chef Hanieliza?

Sempatlah kami bertanya khabar dan berborak santai sambil bertukar-tukar fikiran.