Thursday, March 31, 2011

Pelbagai cara menikmati Rozel








Dari buah Rozel, jus minuman dan jam boleh dinikmati dengan cara memasak yang mudah.

Sunday, March 20, 2011

Kebab Kambing Sepanyol



Bahan-bahan:
1 kg daging kambing biri-biri
2 ulas bawang putih
1 susu teh serbuk paprika Sepanyol
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 biji cili Benggala merah
1 biji cili Benggala kuning
Garam secukup rasa
Penyucuk daging untuk memanggang

Cara menyediakan:
Bersihkan daging kambing biri-biri dengan tepung dan potong bentuk kiub berukuran 1 inci. Tumbuk bawang putih dan campurkan serbuk paprika Sepanyol dan serbuk jintan putih. Masukkan garam secukup rasa serta daging kambing biri-biri dan gaul hingga rata. Perap dalam bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.
Sebelum memanggang, potong cili Benggala merah dan kuning menjadi cebisan sebesar saiz kiub daging kambing biri-biri. Masukkan daging kambing biri-biri dan cili Benggala pada penyucuk secara selang-seli. Panggang kambing sehingga masak.

Gambar menunjukkan empat cucuk kebab dan segelas air campuran buah mata kucing.