Friday, September 4, 2009

naim demam

Hari ni Naim demam,puas melayan kerenah dia. Naim ni perangai semulajadi dia sejak baby lagi,kalau demam mesti banyak membebel,Kadang-kadang rasa nak marah pun ada,kadang-kadang kelakar pun. Apa2 pun mak doakan Aim jadi anak yang soleh.Skarng dah pukul 3 petang tapi masih puasa lagi.Ni gara2 nak ganjaran puasa dari abang ngah.Abang2 dan kakak2 masa kecik2 dulu tak de pun ganjaran2puasa.Tp bila masa Naim ada pulak. Mak dengan ayah tetap tak bagi tapi abg2 dan kakak2 pulak bagi. Agaknya dia tak nak adik bongsu mereka rasa apa yang mrk rasa masa kecik dulu.tak ada duit puasa,duit raya adalah,jadi taklah banyak mcm sepupu2 mrk.Tapi akhirnya mrk faham kenapa tak ada duit puasa.yang tak enaknya kenapa tak boleh lakukan pada adik bongsu mrk?Mungkin sebab mrk dah bekerja.Tu skrang naim tgh bergaduh dgn kakak bongsu tak jadi dia. Pasalnya ialah TV...apalah je

Friday, July 10, 2009

Ikan Kerapu Kukus



Bahan-Bahan:
1 ekor ikan bawal putih / kerapu
1 hiris halia
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun bawang
1 tangkai daun ketumbar
2 sudu kecil taucu (jika suka)
2 kaki cendawan (kulat)
1 sudu besar minyak
1 sudu kecil kicap cair
Garam dan lada sulah (secukup rasa)

Cara:
Biarkan cendawan berendam dengan air.
Sediakan pengukus.
Sediakan ikan.
Bersihkan ikan, jangan memotong sirip dan ekornya terlalu pendek.
Perasakannya dengan garam dan lada sulah.
Sediakan sayur-sayuran.
Cincang bawang putih dan taucu, mayang halia dan cendawan, potong daun bawang sepanjang 4 cm dan petik daun ketumbar.
Letakkan ikan dalam pinggan enamel.
Taburkan bawang putih, halia, cendawan dan taucu di atas ikan.
Tuang 1 sudu besar air, minyak, kicap cair & sedikit lada sulah ke atas ikan itu.

Memasak ikan.
Kukus ikan selama 10-20 minit bergantung kepada saiz ikan itu.
Apabila telah masak pindahkan ke dalam pinggan bujur yang suam perlahan-lahan serta hiaskan pula dengan daun bawang & daun ketumbar.
Hidangkan semasa panas.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: http://resepi.mesra.net

Cincalok, Budu dan Tempoyak





Berikut ialah formula gambar di atas menurut resipi taburan daerah:
Cincaluk > Melaka
Budu > Kelantan
Tempoyak > Perak

Walau pun saya berasal dari Melaka, namun budu yang paling popular. Tempoyak pernah juga saya guna untuk memasak gulai ikan patin.

Cincalok masih belum popular lagi...

Saturday, March 21, 2009

Hari2 yang membosankan

hari ini hari sabtu,esok dah ahad.Lusa dah isnin,bermakna dah habis cuti sekolah.Apa yang nak bagi tau sepanjang cuti sekolah ni tak g mana2 pun! memang bosan gila.Rasa sakit satu badan,padahal banyak kerja boleh buat tapi dsbbkan bosan maka jadi tak de mood nak buat kerja2 tu.

Thursday, March 19, 2009

Kesihatan

Aku baru balik dari berurut, untuk membetulkan saraf darah yang tersumbat.

Sakitlah jugak tapi lagi sakit bila di bedah. Ini aku nak pesan kat sesiapa, jagalah makan dan kawal tekanan.

Kalau tak, nanti jadi macam aku, kaya. Kaya penyakit, sebab makan tanpa kawal lemak, gula dan apa2lah lagi di tambah pulak tekanan dari banyak sudut.

Tekanan-tekanan itu aku simpan je dalam hati. Tak dikeluarkan. Lama-lama jadilah macam ni.

Baru-baru ni datang pulak tekanan yang baru. Ni tengah suruh hati sabar-sabarlah ni, tapi kali ni aku dah luahkan pada kawan sebilik aku. Sape lagi kalau bukan laki aku.

Lega sikit rasanya bila dia dah nak dengar luahan hati aku. Terima kasih sayangku....dan lagi satu apa pun kita kena kuat semangat.

Aku dapati sejak aku ambik pendekatan buat tak tau dan buat bodoh, tekanan darah tinggi dan kencing manis ku turun, dgn diet yang sama.

Tak dulu diet pun tak turun juga bacaannya.

Jadi, sesiapa yang sayang kat aku ni janganlah suka bagi tekanan sangat kat aku, ya?

Kalau sayanglah! Itu sahajalah untuk hari ni.

Doa-doakan semoga aku sihat dan terus kuat semangat. Amin.

Tuesday, March 17, 2009

Dipaksa belajar

Malam ini mak kena belajar buat blog.

Ayah kata untuk persediaan bersara kelak.

Blog dibina hari ini

Hari yang bersejarah bagi dunia saya mengharungi internet.

Blog saya dibina hari ini.