Wednesday, December 22, 2010

Majlis perkahwinan tidak semestinya mahal

Set pelamin dari bahan yang tidak mengoyakkan beg duit kita:

Sepasang 'kerusi sampan' berharga RM100 lebih, bangku di kiri kanan kerusi boleh guna bangku bulat atau pun kotak yang ditutup dengan kain jenis kilat harga murah tetapi kelihatan cantik. Beberapa kain ela berwarna putih dan hijau berkilat yang dibeli di kedai di Nilai 3 (12 meter x RM2.50 semeter). Bunga di atas 'langsir putih/hijau' juga dibeli di Nilai 3. Kos kesemua peralatan tidak sampai RM400...!



Set bilik tidur pengantin yang juga tidak menyebabkan poket suami kita terbakar:


Lebihan kain yang digunakan untuk set pelamin tadi digunakan juga dalam bilik tidur. Bunga hiasan dibeli di Nilai 3 dengan harga yang sangat sederhana. Katil dan tilam pengantin dipinjamkan dari bilik tidur mak ayah pengantin perempuan. Set bantal pun dipinjam dari set sofa di bilik tetamu, cuma ditukarkan sarungnya.

Sangat berpatutan, bukan?

Tidak perlu ambil pinjaman bank atau berhutang dari saudara-mara atau pun rakan-rakan.

Mak ayah pengantin perempuan tidak pening kepala memikirkan fasal hutang selepas kenduri dan besan (mak ayah pengantin lelaki) tidak rasa tersinggung kerana tiada langsung suasana kenduri kahwin anak lelaki mereka.

Semua pihak yang terlibat tersenyum senang...

No comments:

Post a Comment